Penceritaan Agatha dari Sicilia

Menurut himpunan Legenda aurea abad ke-13 (III.15) dikarang Jacobus de Voragine, Agatha berasal dari keluarga bangsawan kaya. Beliau memperawankan diri pada usia lima belas tahun. Beliau menolak ajakan seorang pegawai (prafectus) dan gabenor kawasannya[5] bernama Quintianus yang cuba memaksanya melanggar sumpah dan berkahwin dengannya sambil mendoakan kepada Yesus Kristus meminta perlindungan. Quintianus mempergunakan keadaan ini untuk membalas dendam dengan melaporkan keberadaan Agatha kepada pihak berkuasa, lagi-lagi semasa zaman Maharaja Decius yang melakukan kekejaman terhadap penganut Kristian.

Pada awalnya, Quintianus membawakan Agatha kepada pemilik suatu rumah pelacuran bernama Aphrodisia yang memenjarakan Agatha, namun Agatha langsung tidak hilang kepercayaan pada Tuhan.[6] Quintianus merasa berang dengan hal ini akhirnya memberkasnya ke dalam penjara. Semasa tempoh pemenjaraan ini Agatha diseksa di mana badannya ditarik-tarik dengan cangkuk besi, dibakar dengan obor, dan disebat. Malah, dua-dua belah payudaranya dipotong dengan sepasang penyepit. Agatha tetap menentang Quintianus dengan hati penuh tabah.

Agatha kemudian dihukum bakar diikat pada tiang, tetapi suatu gempa bumi melanda Catania menyelamatkannya dari nasib itu; sebaliknya, dia dipenjarakan di mana Petrus muncul kepadanya dan menyembuhkan luka-lukanya.[7]

Rujukan

WikiPedia: Agatha dari Sicilia http://www.italymagazine.com/featured-story/feast-... http://saintsresource.com/agatha-of-sicily/ http://www.aug.edu/augusta/iconography/agatha.html http://www.catholicculture.org/culture/liturgicaly... http://www.italymag.co.uk/italy-featured/guarda/fe... https://archive.org/details/dictionaryofsain00dela https://archive.org/details/memorieistoriche00rave https://archive.org/details/memorieistoriche00rave... https://web.archive.org/web/20090813115448/http://... https://web.archive.org/web/20121230201816/http://...